UPSI di hatiku

Sample text

Social Icons

Sample Text

Featured Posts

15 May 2012

~~SELAMAT HARI GURU~~

Tanggal 16 Mei...tarikh keramat untuk semua yang bergelar pendidik.........walaupun pada tahun ni 16 Mei 2012...kami semua menyambutnya sebagai pelajar jurusan pendidikan di UPSI,namun itu tidak mengurangkan semangat kami untuk menyambut hari yang amat bermakna bagi kami warga pendidik....sempena hari yang amat bermakna ini....saya (SAL) inigin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua kawan2 yg bergelar pendidik...terutamanya ELWAFA's GROUP...~~Awien~~Russ~~Naxura.....semoga kita dapat menjadi pendidik yang berwibawa suatu hari nanti....betapa mulianya tugas seorang pendidik...(^_^)




Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti
Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya

Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...

14 May 2012

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN


Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.[1]
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

BENTUK PENCEMARAN

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.

Ini adalah tugasan kami dalam subjek teknologi dan inovasi (LAB) untuk tajuk penyediaan bahan bantu mengajar....(^_^)






jika tiada pencemaran...bumi akan tersenyum melihat kita....

KONSEP KEPELBAGAIAN PELAJAR











Pendahuluan
             


Pengajaran bermakna sesuatu yang berkaitan dengan mengajar atau ajaran tentang sesuatu dan selalunya dirujuk kepada guru atau pengajar.Manakala kepelbagaian pelajar boleh diklasifikasikan kepada latar belakang sosio budaya dan psikologi. Bersama ini adalah 15 konsep yang dipilih oleh kami antaranya:
1) Pembelajaran Koperatif
2) Pembelajaran Kolobratif
3) Kurikulum Tersembunyi
4) Pembelajaran Masteri
5) Pembelajaran Sepanjang Hayat
6) Pembelajaran Induktif
7) Pengurusan Bilik Darjah
8) Pembelajaran Akses Kendiri
9) Kepelbagaian Budaya
10) Komunikasi
11) “Art of Questioning (Teknik Penyoalan)
12) Concept Learning (Keonsep Pembelajaran)
13) Penulisan Objektif
14) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
15) Domain Afektif


1)         Pembelajaran Koperatif
            Menurut Slavin (1994), pembelajaran ini adalah suatu strategi efektif untuk meningkatkan pencapaian dengan dua syarat, iaitu ganjaran dan akauntabiliti individu. Ganjaran diberi kepada ahli kumpulan bagi memotivasikan diri dan membantu sesama sendiri menyelesaikan masalah manakala dari segi akauntabiliti individu pula lebih ke arah menyelesaikan tugasan bersama-sama ahli yang lain.Johnson & Johnson (2003), menyatakan pembelajaran ini berfokus kepada perkembangan sosioemosi dan interaksi kumpulan dengan aktiviti ditumpukan pada perbincangan dan membina pasukan.Pendekatan pembelajaran ini dikenal pasti dan dikembangkan seperti suasana di dalam bilik darjah yang memberikan peluang kepada murid untuk belajar bersama-sama dan membuat kajian dalam kumpulan secara koperatif seperti yang dinyatakan oleh Santrock (2004).Dari erti kata yang lain, pembelajaran koperatif ini adalah satu pendekatan mengajar dan belajar di mana murid bekerjasama dalam kumpulan yang kecil dan saling membantu antara satu sama lain bagi menyelesaikan tugasan individu atau kumpulan.
             Pembelajaran koperatif ini sebenarnya memberikan peluang sesama murid untuk lebih berinteraksi secara positif antara satu sama lain di dalam kelas. Murid juga akan menjadi lebih terbuka dalam perbincangan bersama kumpulan mereka. Apabila murid-murid ini bersama dalam perbincangan kumpulan, mereka mampu menunjukkan kebolehan yang ada pada diri masing-masing dan berkongsi pengalaman yang pernah mereka perolehi.Pada masa yang sama, terbentuk sikap saling bantu-membantu menyelesaikan suatu masalah bersama dan membentuk murid yang lebih berdikari dalam kalangan mereka. Apa yang dapat disimpulkan pembelajaran koperatif ini meningkat motivasi murid untuk belajar dengan gembira dan berterusan. Apabila murid menjawab dengan betul, guru memberikan ganjaran hasil dari jawapan murid tadi.Hal ini dapat dilihat, murid yang memahami soalan yang diberikan guru akan membantu dan mengajar murid yang kurang memahami soalan yang diberikan oleh guru. Secara tidak langsung, meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal murid dan mengeratkan persahabatan yang positif. Pada masa guru memberikan latihan atau tugasan kepada murid ini akan meningkatkan juga kemahiran bergaul antara guru dan murid serta meningkatkan penyertaan murid dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran ini akan membuatkan murid menjadi ahli aktif dan guru hanya bertindak sebagai mentor dan rujukan di dalm bilik darjah.
            Sebagai contoh, Guru A memberikan tugasan dan meminta murid T1 membahagikan kumpulan yang mana ahli kumpulan hanya terdiri 4 orang sahaja. Guru A memberikan arahan dan mengingatkan akan peranan spesifik ahli dalam kumpulan. GuruA di sini bertindak sebagai pemantau dan pemerhati serta mentor. GuruA akan bergerak dari satu kumpulan kepada satu kumpulan yang lain untuk melihat progress perjalanan perbincangan dalam kumpulan sekiranya Guru A perlu memperbetulkan hasil perbincangan atau menambah idea Guru A akan mengutarakan pada kumpulan tersebut. Pada akhir sesi pembelajaran ini, Guru Aakan meminta setiap wakil kumpulan untuk merumuskan dan berkongsi apa yang dibincangkan bersama-sama dalam kumpulan di dalam bilik darjah. Hasil dari itu juga Guru A akan meminta semua kumpulan memberikan laporan akhir tentang perbincangan kepadanya untuk penilaian markah

2)         Pembelajaraan Kolabratif
            Menurut Schrage (1990), pembelajaran kolaboratif ini melebihi kerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil pembelajaran baru yang mana murid bersatu dalam kumpulan untuk melaksanakan tugas.Pembelajaran ini telah menjadi satu metodologi dalam sistem pendidikan. Hal ini kerana menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam proses pembelajaran. Mengikut Tinzmann et.al (1990) menyatakan terdapat ciri-ciri pembelajaran kolaboratif ini iaitu perkongsian ilmu pengetahuan antara guru dan murid, perkongsian autoriti dia antara guru dan murid dan guru sebagai fasilitator.Dalam erti kata lain, pembelajaran ini menjelaskan guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan dan penambahbaikan.
            Pembelajaran ini sebenarnya memberikan peningkatan dalam keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua atau lebih yang dikongsikan bersama-sama.Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan, interaksi berlaku di antara murid dan guru, murid dan murid dan murid dan bahan pengajaran. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran ini dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Di samping itu juga dapat membentuk kemahiran berkomunikasi yang positif dalam kalangan murid.Slavin (1990) menyatakan tulang belakang bagi pembelajaran kolaboratif ialah kesediaan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan konstruktif. Persekitaran suasana pembelajaran ini merupakan proses membina keyakinan diri kerana ia berbentuk pembelajaran yang berdikari yang mana guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan mentor. Murid juga berperanan untuk menggunakan kemahiran interpersonal dalam mebentuk persahabatan dan menyelesaikan tugasan.Dalam pembelajaran ini, murid akan berinteraksi sesama sendiri dan memerlukan penghormatan tentang kebolehan dan sumbangan ahli dalam kumpulan. Selain itu, terdapat perkongsian autoriti dan penerimaan tanggungjawab di antara ahli kumpulan.Murid dapat memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi kerana pembelajaran ini adalah lebih kepada pembelajaran diri sendiri.
            Sebagai contoh melalui kaedah pembelajaran kolaboratif iaitu Student Team Achivement Divisions (STAD).Guru A memberikan arahan kepada murid untuk membahagikan kumpulan yang mana ahli dalam kumpulan mempunyai 4 orang sahaja.Guru A menyatakan persoalan tugasan pada setiap kumpulan.Dari sini, setiap ahli dalam kumpulan perlu peka dan mengetahui peranan masing-masing dalam mencari info atau maklumat.Setiap ahli mestilah mencari maklumat yang berlainan untuk dikumpulkan dalam perbincangan kumpulan nanti.Perbincangan akan berlangsung selama 30 minit, selesai sudah setiap wakil kumpulan akan bergerak kepada kumpulan yang berbeza untuk berkongsi maklumat apa yang mereka perolehi. Setelah selesai perbincangan besama, dari setiap wakil kumpulan akan bergerak kembali kepada kumpulan asal mereka untuk menyampaikan maklumat yang mereka perolehi dari kumpulan yang berbeza itu tadi. Setiap maklumat yang disampaikan pasti mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan, dengan ini setiap kumpulan akan berbincang kembali tentang penyelesaian tugasan bersama-sama. Murid akan menerima penilaian yang akan dibuat sama ada melalui penilaian secara individu ataupun berkumpulan.

3)         Kurikulum Tersembunyi
            Kurikulum tersembunyi ini dikenali juga sebagai kurikulum yang tidak nyata, tersirat atau terpendam.Secara amnya, kurikulum ini diperolehi oleh murid secara tidak langsung dan tidak dirancang serta diterima secara implisit oleh murid. Merton (1957) menerangkan bahawa nilai ini akan dipelajari secara tidak langsung oleh murid. Berlainan pula dengan Catron & Allen (1999) menjelaskan bahawa pembentukan ini berdasarkan faktor sosioekonomi dan latar belakang pengalaman murid dan guru. Overly (1970) & Valance (1973) menekankan kurikulum tersembunyi ini, lebih kepada perubahan tingkah laku yang tidak melibatkan akademik. Manakala Dreeben (1970) pula, memberikan pendapat apa yang dipelajari di sekolah adalah satu fungsi dalam struktur sosial dan latihan autoriti guru. Amir Hasan Dawi (2009), mendapati kurikulum tersembunyi ini lebih memainkan peranan besar dan penting jika dibandingkan dengan kurikulum formal dalam membentuk keperibadian murid.
            Pendekatan kurikulum tersembunyi ini untuk melatih murid hidup dalam bermasyarakat dan sentiasa bijak dalam membawa diri pada masa hadapan.Selain itu, sekolah juga mempunyai susunan struktur yang sesuai untuk memberikan pengalaman sosial ke arah alam dewasa.Kurikulum tersembunyi ini juga berfungi membina hati, akal dan jiwa murid supaya menjadi insan yang berguna dan dapat meneruskan tradisi hidup dan masyarakat.Dengan ini, murid akan sedar dan mengetahuinya bahawa apa yang mereka belajar dan apa yang mereka terima secara tidak langsung sebenarnya memberikan mereka pengalaman dan memberikan impak yang baik kepada diri mereka dan juga orang di sekeliling mereka. Mengikut Amir Hasan Dawi (2006), kurikulum tersembunyi adalah untuk memindahkan nilai masyarakat kapialis kepada murid yang mana murid dikatakan dilatih untuk menerima peraturan, mematuhi autoriti dan menerima ketidaksamaan. Secara tidak langsung, sebenarnya kurikulum ini mengukuhkan bentuk kelas sosial, identiti etnik, gender dan mencorakkan kedudukan seseorang dalam organisasi pekerjaan.
            Sebagai contoh, kurikulum tersembunyi yang dirancang oleh pihak sekolah. Pada suatu masa pihak sekolah mengumumkan akan mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan taman-taman yang telah dipertanggungjawabkan kepada persatuan dan kelab untuk menjaganya di peringkat sekolah. Sekiranya, kelas ataupun persatuan dan kelab ini dapat mengekalkan kebersihan dan keceriaan tersebut, mereka akan diberikan pengiktirafan dan penghargaan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Dengan aktiviti sebegini, pihak sekolah bukan sahaja berjaya mengekalkan tahap kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah sebaliknya berjaya mewujudkan semangat kerjasama dan kekitaan serta tolong-menolong dalam kalangan warga sekolah. Secara tidak langsung, akan membantu keseronokan belajar dan ssuasana bekerja. Ini dapat membantu pelajar memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam akademik, bahkan guru-guru dan kakitangan sekolah akan turut merasa keseronokan dan kepuasan bekerja.Tujuannya murid dapat menghayati melalui peraturan yang memberikan kesan baik atau positif dalam diri mereka.
            Sebagai contoh, kurikulum tersembunyi yang tidak dirancang oleh pihak sekolah seperti aktiviti kokurikulum yang mana dilaksanakan selepas waktu kurikulum formal di sekolah.Semasa Pertandingan Bola Sepak peringkat sekolah, apabila pemain berjaya menjaringkan gol bagi pasukan sekolah sudah pastinya penyokong dan pemain yang lain bersorak kegembiraan dan berpelukan antara satu sama lain tanpa mengenal bangsa dan kaum. Bagi menjaringkan gol, setiap pemain juga mempunyai semangat bekerjasama dalam menyusun strategi permainan. Dengan ini, secara tidak langsung akan mewujudkan semangat kerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati dan semangat perpaduan di antara satu sama lain. Ia melibatkan nilai-nilai dalaman yang terdapat dalam diri murid itu sendiri. Semua nilai-nilai murni ini datang dengan sendiri dan tanpa sedar melalui aktiviti kokurikulum ini.


4)         Pembelajaran Masteri
            Sebagaimana yang kita ketahui pembelajaran masteri ini adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.Pembelajaran ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi bagi mengahasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.Pembelajaran ini turut diperakui oleh mereka ini seperti Bloom (1968), menyatakan ia merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Beliau menyatakan lagi, pembelajaran ini berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan bagi murid itu untuk menguasai pembelajarannya. Manakala Anderson & Block (1975) berpendapat pembelajaran ini ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar lebih secara konsisten. Pembelajaran ini ada dua kaedah iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan murid.Kesimpulannya, pembelajaran masteri ini menyatakan bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mereka mendapat kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan mereka.
            Pembelajaran Masteri ini juga memberikan peluang kepada murid untuk berdaya maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran dengan gaya bebas mereka. Menurut Anderson & Block (1975), mengatakan bahawa pembelajaran ini membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas.Kebaikan pembelajaran ini adalah murid mempunyai kemahiran atau pengetahuan sedia ada sebelum ke unit yang seterusnya. Ini amat menyeronokkan sekiranya tahap penguasaan yang dimiliki oleh murid mempunyai kesamarataan antara satu sama lain. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap kebolehan dan keperluan yang berbeza. Dalam pembelajaran ini juga mempunyai aktiviti iaitu aktiviti pengayaan bagi murid yang telah menguasai aras masteri dan aktiviti pengukuhan bagi murid yang lemah dan memerlukan kemantapan kemahiran dan pengetahuan dalam pembelajaran ini. Pembelajaran masteri ini boleh menentukan kebolehan dan mencungkil aras kemampuan murid secara amnya.
            Sebagai contoh, Guru A akan menerangkan dan mejelaskan sesuatu sub topik kepada murid sehingga murid memahaminya sebelum Guru A beralih kepada topik yang seterusnya. Pada hari itu, Guru A akan menyediakan beberapa aktiviti yang bersesuaian untuk murid bagi meningkatkan pemahaman murid.Misalannya, Guru A memberikan latihan pengayaan bagi murid yang memahami topik berkenaan dan memberikan latihan pengukuhan bagi murid yang belum menguasai topik berkenaan.Dalam masa itu juga, Guru A mengarahkan setiap murid berpecah mengikut kumpulan yang ditetapkan bagi memberikan proses pemahaman itu berlaku dengan lancar yang mana setiap kumpulan terdiri daripada murid yang heterogeneous. Apabila digabungkan murid yang bijak, serdahana dan kurang bijak pastinya mereka dapat memberikan tunjuk ajar di antara satu sama lain dengan pemantauan Guru A.

5)         Pembelajaran Sepanjang Hayat
            Pembelajaran sepanjang hayat ini adalah satu proses pembelajaran yang berterusan untuk memperoleh pengetahuan, penguasaan kemahiran dan pembentukan sikap serta kepercayaan seseorang individu. Proses pembelajaran ini tidak seharusnya berhenti setelah tamat zaman persekolahan ataupun pengajian di universiti kerana pembelajaran ini seharusnya sentiasa berlaku di mana-mana tempat dan bila-bila masa. Dengan memberikan galakan terhadap pembelajaran ini, kerajaan telah menyediakan kemudahan menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran meskipun selepas tamat latihan dan pendidikan secara formal. Kerajaan juga telah mewujudkan satu pelan tindakan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi tempoh 2011 hingga 2020 dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.
            Pembelajaran sepanjang hayat ini sebenarnya menghasilkan modal insan berkemahiran dan berkualiti yang menjadi asas kepada negara.Selain itu, dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam mencapai potenssi sebenar supaya mampu membangun seiring dengan kemajuan pembangunan negara.Pembelajaran sepanjang hayat juga adalah instrument penting dalam memenuhi keperluan individu di samping mewujudkan penghasilan rakyat yang aktif dan kesaksamaan sosial dalam struktur masyarakat sosial. Secara tidak langsung, masyarakat di pedalaman tidak dipinggirkan dalam usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan masing-masing.Pembelajaran sepanjang hayat ini memainkan peranan yang besar dalam memastikan kemampuan yang ada dalam setiap masyarakat digilap agar dapat menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang ingin dicapai oleh negara.Menurut Knassel, Meed & Rossetti (2000), menyatakan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga sebab utama yang dikenali sebagai “The Three Es” iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment (keseronokan).
            Sebagai contoh, kerajaan banyak mewujudkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional.Semua ini adalah untuk mendorong dan memberikan laluan kepada murid yang tamat persekolahan bagi menghadiri kelas kemahiran dan kursus jangka pendek. Walaupun mereka tidak mampu dalam mengejar akdemik kepada aras yang lebih tinggi tetapi mereka mampu untuk memilih dan mengasah bakat kemahiran yang wujud dalam diri mereka. Misalannya, automotif dan bengkel kemahiran hidup seperti salon rambut, kelas jahitan dan kelas memasak.
            Keusahawanan adalah suatu kaedah atau pendekatan yang hampir kepada pembelajaran sepanjang hayat ini.Ia merupakan sub topik yang dipelajari dalam mata pelajaran Perdagangan. Pada peringkat sekolah mahupun universiti bidang keusahawanan ini telah didedahkan kepada murid bagi membuka peluang murid untuk berniaga atau menjalinkan usahasama.Aktiviti keusahawanan ini juga diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sepertiHari Kantin Sekolah, Hari Anugerah Cemerlang, dan Hari Keusahawanan.Semua ini ingin memberikan satu kaedah pembelajaran sepanjang hayat yang mana ilmu keusahawanan ini wajar dipelajari dan dituntut sampai bila-bila.


6)         Pembelajaran Induktif
            Pembelajaran ini bermula dari guru yang akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi konsep apa yang perlu dipelajari pada hari itu. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan, murid akan dibimbing untuk berfikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu. Daripada contoh-contoh yang murid berikan itu akan mendorong murid untuk lebih memahami secara berperingkat-peringkat. Pembelajaran ini lebih terbuka kepada pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa.
            Pembelajaran Induktif ini memberikan murid supaya berfikir secara kritis dan kreatif dengan menggunakan pengetahuan sedia ada yang mereka miliki.Selain dari itu juga, pemberian contoh dan pertanyaan soalan dari guru juga mendorong murid-murid untuk bergiat dengan aktif di dalam bilik darjah.Secara tidak langsung, aktiviti ini mendorong murid untuk berdaya saing secara sihat dan berlumba-lumba sesama mereka dalam memberikan contoh atau jawapan yang sesuai. Apabila guru memberikan contoh-contoh tertentu, ia membuatkan murid itu menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada kepada ilmu pengetahuan yang baru. Pada masa guru memberikan contoh-contoh tertentu, mungkin murid akan bertindak begitu pantas untuk mengaitkan apa yang akan mereka faham dengan apa yang akan mereka belajar pada hari tu. Murid-murid akan menggunakan pendekatan deria-deria mereka dalam aktiviti ini seperti melihat, mendengar, menghidu dan menyentuh.   
            Sebagai contoh, Guru A mengajar tentang konsep binatang di dalam bilik darjah.Beliau meminta murid memberikan pelbagai contoh tentang binatang.Setiap murid memberikan contoh secara beramai-ramai apabila Guru A bertanya.Daripada contoh-contoh yang diberikan oleh murid itu, Guru A meminta murid-murid mengenalpasti ciri-ciri dan bukan ciri-ciri binatang.Guru A tidak akan menghuraikan apa yang beliau inginkan tetapi Guru A akan membimbing melalui pertanyaan soalan yang dikemukakan. Setelah itu, Guru A meminta murid-murid kategorikan binatang-binatang ini ke dalam kumpulan masing-masing. Akhir pembelajaran, murid menyatakan satu peraturan am dan merumuskan bahawa bintang terdiri daripada 5 kumpulan yang nyata iaitu mamalia, amphibian, ikan, reptilian dan burung.Kaedah ini sebenarnya membincangkan persoalan secara spesifik dahulu dan meluas kepada general atau umum.

7)         Pengurusan Bilik Darjah
            Bilik darjah adalah tempat yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang mana murid-murid banyak menghabiskan masa menuntut ilmu di sini. Pengurusan bilik darjah antara perkara yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus berjaya dalam pelajaran. Pengurusan bilik darjah juga adalah satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi guru dan murid. Menurut Lemlech (1988), mengatakan bahawa pengurusan bilik darjah ini sebagai orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggraan prosedur dan sumber pengajaran. Selain itu, beliau menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan kebekersanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah tingkah laku murid.Manakala Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat.
            Pengurusan bilik darjah ini perlu dikuasai dan diuruskan dengan baik oleh seorang guru. Hal ini kerana, ia mempengaruhi peningkatan motivasi murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dari sini juga, jika ruangan dan suasana bilik darjah sentiasa positif ia akan mempengaruhi tingkah laku murid untuk menjadi lebih ke arah positif juga. Selain dari itu, pengurusan bilik darjah juga melatih murid untuk lebih bijak dalam hal pengurusan dan mewujudkan hubungan mesra antara guru dan murid.Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan murid yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran, meminimumkan tingkah laku murid yang menganggu tugas guru dan murid lain dan penggunaan masa yang efisein. Secara amnya pengurusan bilik darjah ini mempengaruhi cara menyusun tempat duduk murid dan peralatan dalam bilik darjah, mengurus pergerakkan murid di dalam bilik darjah, mengawal disiplin murid supaya pengajaran dan pembelajaran lancar, dan penyediaan bilik darjah yang selesa dapat mewujudkan hubungan dua hala yang positif antara murid dengan murid dan guru dengan murid. Suasana bilik darjah yang konduksif mempengaruhi cara perwatakan murid dan cara penerimaan ilmu oleh murid sama ada mereka mampu menerima dengan baik atau tidak. Suasana bilik darjah yang positif juga membuatkan murid berasa selamat dan tenang selain mewujudkan kawalan disiplin yang kukuh yang mana guru memainkan peranan yang tinggi di dalam bilik darjah.
            Sebagai contoh, Guru A ingin menyampaikan ilmu secara demonstrasi dan pembentangan antara kumpulan, penyusunan peralatan dalam bilik darjah memainkan peranan penting yang mana hendaklah dilakukan dan membolehkan murid menumpukan kepada kawasan yang berfokus serta berdekatan dengan peralatan bantu mengajar. Susunan dalam bentuk ladam atau ‘U’ adalah amat bersesuaian kerana ia memfokuskan proses pembelajaran dan pengajaran yang mana setiap murid memberikan perhatian terhadap suatu kawasan yang tertumpu. Jika Guru A ingin melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil atau perbincangan dalam kumpulan, tempat duduk murid perlulah diubah semula dalam keadaan berkelompok supaya keadaan selesa dan senyap ini dapat diwujudkan semasa perbincangan dijalankan. Ini membolehkan pelajar berkongsi maklumat sesama ahli dengan lebih dekat lagi tanpa mengganggu ahli kumpulan lain.
            Sebagai contoh yang lain, Guru A seorang guru yang tegas ketika melaksanakan P&P semasa di dalam bilik darjah. Kelas menjadi selesa, tenang dan sunyi sepi semasa beliau mengajar dan murid memberikan penumpuan sepenuhnya semasa beliau mengajar.Guru A tidak suka apabila ada murid yang menyoal dan bertanya kepadanya ketika mana beliau sedang mengajar di dalam kelas. Ini menunjukkan Guru A adalah seorang yang autokratik dalam pengurusan bilik darjahnya yang mana tiada seorang dari murid-murid yang berani melawan dan memberontak ketika beliau melaksanakan P&P beliau.



8)         Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
            Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1990), menyatakan Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) merupakan satu program yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka.Dalam erti kata lain, PAK ini memberikan kepercayaan kepada murid untuk memilih cara atau gaya pembelajaran mereka sendiri dalam mencapai dan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pusat PAK merupakan satu bilik khas yang mana menyimpan bahan-bahan pembelajaran yang disusun secara sistematik bagi kegunaan murid.Pusat ini mempunyai ruang untuk aktiviti pembelajaran menggunakan peralatan audio, visual, dan aktiviti secara berpasangan atau berkumpulan.Sebagai contoh yang boleh kita lihat di sekolah seperti Bilik Kemahiran Hidup dan Pusat Sumber Sekolah.Pusat sumber sekolah berperanan untuk memberikan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pembelajaran dan pengajaran dari segi audio, video dan kinestik.
            PAK ini juga untuk memotivasikan murid agar mereka bersikap berautonomi dan mampu menentukan kadar pembelajaran serta akses kendiri. Selain itu, ia mampu melahirkan murid yang proaktif, dinamik dan terarah kendiri serta dapat memberikan peluang kepada murid untuk mengenal pasti gaya dan strategi pembelajaran mereka sendiri. Di sini murid akan berubah memiliki sikap kematangan dan yakin diri di peringkat awal kerana mereka diberikan kepercayaan dalam mencorakkan cara pembelajaran mereka. PAK ini memberikan akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. PAK juga membantu murid dalam mendedahkan bahawa terdapat pelbagai strategi pembelajaran alternatif dan bahan pembelajaran yang disediakan, dan bagaimana cara penggunaan bahan tersebut. Hal ini juga boleh meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran untuk lebih kreatif dan inovasi.Tambahan lagi, PAK mewujudkan keseronokkan dalam pembelajaran dan menimbulkan perasaan ingin tahu yang ketara dalam diri murid itu sendiri serta menggalakkan murid untuk berinteraksi sesama sendiri.Ini juga memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan bahan pembelajaran yang disediakan bagi menambahkan keseronokkan menerokai ilmu.PAK ini mempunyai persekitaran yang fleksible, selesa dan tanpa tekanan yang mampu mendorong murid untuk berfikir secara terbuka dan bernas. Dengan bantualat mengajar juga memberikan murid lebih mudah untuk membuat penilaian dan pembandingan dalam sesuatu subjek. Dengan ini akan melahirkan murid yang membudayakan ilmu, gemar membaca, dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
            Sebagai contoh, Guru A membawa murid-murid ke Pusat Sumber Sekolah semasa waktu pembelajaran dan pengajaran (P&P) Sains. Setibanya di sana, Guru A memberikan arahan kepada murid supaya menggunakan bahan pembelajaran yang disediakan dengan sebaik mungkin. Di sini, Guru A akan memberikan kebebasan kepada murid untuk mempelajari gaya pembelajaran yang mereka inginkan. Misalannya, di Taman Sains terdapat model gunung berapi dan cara-cara penyejatan berlaku.Guru A dan murid boleh berjalan sambil mendengar penerangan dari audio yang disediakan.Penerangan ini akan diberikan melalui akses CD interaktif ataupun guru yang bertugas dan murid juga akan diterangkan tentang keperluan bahan-bahan pembelajaran bagi model tersebut. Selain itu, murid-murid juga dapat menerokai dunia yang berkaitan dengan sains dan teknologi melalui demonstrasi, rancangan televisyen pendidikan seperti EDU TV, dan mengakses melalui berkomputer dan berteknologi iaitu multimedia. Walaubagaimanapun, murid juga boleh ke Pusat PAK ini dengan sendiri pada waktu rehat sekolah. Di sini murid akan lebih mempelajari sesuatu lebih dari apa yang mereka belajar di dalam kelas. Selain itu, ia juga mendorong kepada keterbukaan minda yang boleh dijana luar dari bilik darjah.

9) Kepelbagaian budaya
Budaya seringkali dikaitkan dengan etnik, agama, jantina sosio ekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka.Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar perlu wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosio ekonomi dan gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan.
Budaya dan gaya  pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting dalam memahami kepelbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yang lebih berkesan dan membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perhubungan nilai-nilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran serta pengalaman di dalam kelas adalah satu hubung kait untuk pelajar berjaya bukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga dari segi sosial dan emosi.Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu karenah murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang di sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya pembelajaran dan sebagainya.
Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami bahawa terdapat perbezaan antara setiap pelajar dengan pelajar yang lain. Ini mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar akan memberikan faedah kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan pembaikan pengajaran untuk semua.
Dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua pelajar-pelajarnya tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami pelajar-pelajarnya sama ada Melayu, Cina,India mahupun bangsa-bangsa atau etnik- etnik lain yang  mempunyai tahap kefahaman dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza anatara satu sama lain.
Secara kesimpulannya, kepelbagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budaya merupakan 3 aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan.Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya.

10)  Komunikasi
Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Komunikasi dalam bilik darjah melibatkan perhubungan di antara orang dengan orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri. Komunikasi juga merupakan medan pemindahan pengetahuan, penyampaian pengajaran, mengembangkan kemahiran berkomunikasi, dan mendapat maklumat. Mengamalkan komunikasi berkesan, seperti penggunaan bahasa, kesediaan mendengar, meningkatkan proses intraksi, komunikasi terbuka, dan kemahiran bertutur dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu komunikasi verbal yang juga dikenali sebagai komunikasi lisan.Komunikasi lisan berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Contohnya, guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara bertutur. Komunikasi Non-Verbal ataupun komunikasi bukan lisan pula ialah semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan seperti bunyi, gerakan badan atau mimik muka.Contohya guru mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar.
         Sekolah merupakan medan utama komunikasi bagi kalangan pelajar. Hal ini kerana banyak masa diluangkan dengan aktiviti sekolah. Oleh yang demikian, komunikasi yang baik di sekolah dapat membantu pelajar dalam membina sahsiah diri yang baik di samping memahami proses pembelajaran dengan cemerlang. Dalam bilik darjah peranan guru dalam komunikasi dengan pelajar amat penting supaya tercapai objektif pembelajaran. Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik dan juga fleksibiliti iaitu tidak membosankan. Guru juga perlu lebih menggunakan penglibatan murid dalam aktiviti kelas agar ada proses komunikasi di dalam kelas.Pembelajaran murid terhasil melalui proses pendengaran, pemerhatian, peniruan, melalui latihan, percubaan dan penglibatan dalam aktiviti pembelajaran.
 Diantara cara-cara amalan komunikasi yang boleh membantu guru-guru bagi mengurus bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti mempraktikkan gaya kepimpinan demokratik. Contohnya,guru mesti mempunyai gaya kepimpinan yang baik, tutur kata yang tegas atau penggunaan nada yang betul perlu digunakan pada situasi yang betul . Suara guru sangat penting dalam menentukan suasana bilik darjah. Suara yang semula jadi, terang, tidak tegang dan bercorak perbualan akan menimbulkan suasana bilik darjah yang tenang. Cara yang seterusnya ialah menggalakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti. Aktiviti-aktiviti bilik darjah akan mewujudkan interaksi murid dengan murid dan guru dengan murid-murid secara dua hala. Ini akan menjadikan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran akan lebih aktif. Aktiviti di dalam kumpulan juga memberikan interaksi dan komunikasi yang lebih di kalangan murid dan secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri pelajar.Cara yang ketiga ialah mengadakan sesi soal jawab dalam pengajaran. Sesi soal jawab boleh membantu murid-murid mengigati kembali apa yang telah dipelajarinya, malah juga meletakkan murid sentiasa memberi perhatian yang tinggi kepada pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Cara yang seterusnya ialah menggunakan alat gantu mengajar yang berteknologi. Komunikasi bukan sahaja melibatkan tutur kata, tetapi ia boleh juga disampaikan melalui alatan atau bahan-bahan lain. Menggunakan teknologi tinggi seperti komputer, persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan power point dan sebagainya lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang diminati oleh murid-murid kerana ia melibatkan video, audio yang dapat menunjukkan sesuatu maklumat yang disampaikan lebih jelas dengan visualnya.Cara dengan  memberikan sokongan kepada murid yang mengemukakan pendapat juga boleh digunakan. Sekiranya murid mengeluarkan pendapat yang kurang baik seperti yang dikehendaki oleh guru, adalah tidak seharusnya guru menyindir murid. Sebaliknya guru hendaklah memperbetulkan pendapat tersebut atau menyokong pendapat tersebut menjadi lebih jelas untuk diterima pakai oleh murid-murid lain.
Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan, salah tafsir, bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai yang sekaligus memberi tekanan emosi kepada murid. Oleh yang demikian guru perlu bijak dalam merancangkan bentuk komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.




11) “Art of questioning” (Teknik Penyoalan)
Penyoalan merupakan satu aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyoalan memerlukan interaksi dua hala.Bukan sahaja guru yang perlu menyoal tetapi pelajar juga harus digalakkan menyoal. Guru perlu membina hubungan yang mesra dengan pelajar supaya pelajar tiada perasaan takut dan segan untuk bertanya soalan dan berani untuk menjawab soalan. Di dalam bilik darjah, dengan menyoal guru dapat menggalakkan pelajar untuk berfikir dengankreatif dan kritis. Namun, untuk berfikir dengan baik dan mendalam, ia memerlukan kemahiran menyoal dengan baik dan kritis. Oleh itu, kemahiran menyoal adalah penting untuk menghasilkan pemikiran yang tajam, kritis dan kreatif.
Dalam bidang pendidikan, soalan yang dibina adalah berdasarkan aras soalan dalam domain kognitif oleh Bloom (1956). Enam aras soalan yang dikemukakan oleh Bloom adalah aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Aras pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi dikategorikan sebagai aras rendah manakala analisis, sintesis dan penilaian dikategorikan sebagai aras tinggi. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif, soalan dari aras tinggi dipilih. Namun, guru perlu bijak memilih aras soalan yang hendak ditanya berdasarkan tahap kebolehan dan kelas pelajar tersebut. Hal ini penting supaya pelajar tidak rasa malu sekiranya tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan.
Terdapat beberapa tujuan guru menyoal pelajar.Pertama, tujuan penyoalan dilakukan adalah untuk menilai pemahaman dan penguasaan sesuatu kemahiran di kalangan pelajar.Ini membolehkan guru mengenali dan mengatasi masalah pelajar dalam memahami tajuk yang di ajar.Kedua, penyoalan dilakukan adalah untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat pelajar terhadap tajuk pelajaran yang diajar.Ketiga, tujuan guru menyoal juga adalah untuk mengesan sejauh mana objektif pengajaran tercapai.Keempat, penyoalan juga bertujuan untuk membimbing pemikiran pelajar. Guru boleh menunjukkan kepada pelajar kesilapan jawapan mereka sehingga mereka dapat memberikan jawapan yang betul. Kelima, dengan menyoal juga, ia dapat menghasilkan pemindahan pembelajaran. Dengan soalan, pelajar dapat menggunakan fakta, konsep dari satu subjek kepada subjek yang lain. Keenam, dengan menyoal juga, ia dapat membangkitkan perbincangan di dalam kelas. Pelajar dapat berfikir dan mengemukakan pendapat masing-masing melalui soalan yang mencabar.Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar.Melalui penyoalan dua hala, interaksi dalam bilik darjah dapat ditingkatkan.
Tanpa mengetahui teknik menyoal yang berkesan, semua tujuan menyoal tidak akan dapat dicapai. Oleh itu, setiap guru perlu mengetahui teknik menyoal yang berkesan.Pertama, soalan yang dikemukakan hendaklah menepati objektif pengajaran. Kedua, guru perlu memulakan soalan dengan aras rendah serta menyesuaikan soalan dengan peringkat kebolehan pelajar. Ketiga, guru perlu memperdengarkan soalan kepada semua pelajar dan meminta pelajar mengangkat tangan untuk menjawabnya.Keempat, pelajar yang lemah juga perlu diberikan peluang untuk menjawab tetapi soalan yang diberikan hendaklah lebih mudah untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar tersebut. Kelima, guru perlu mengelakkan daripada mengemukakan soalan kepada pelajar yang sama. Keenam, guru perlu membantu pelajar menjawab soalan yang sukar.
Sebagai kesimpulan, penyoalan ialah satu aspek yang penting dalam bilik darjah kerana mempunyai banyak tujuan untuk mencapai keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengemukakan seberapa kerap soalan dan menujukan soalan kepada seluruh kelas. Akhir sekali, guru boleh membina soalan berdasarkan taksonomi Bloom iaitu daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi.

12) Concept learning (Konsep pembelajaran)
Konsep pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan di mana terdapat perubahan tingkah laku yang nyata pada seseorang individu pada akhir proses ini. Konsep pembelajaran akan menjadi berkesan jika pelajar dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guru dengan sepenuhnya. Terdapat tiga jenis pembelajaran iaitu formal, tidak formal dan bukan formal (non-formal).Pembelajaran formal ialah mengikuti satu kurikulum yang rasmi dan sistem pembelajaran sesebuah negara. Pembelajaran non formal pula adalah pembelajaran tambahan kepada pembelajaran formal untuk menambahkan lagi input yang diberikan kepada pelajar-pelajar dalam pembelajaran formal seperti ceramah, seminar, taklimat dan lain-lain. Manakala pembelajaran tidak formal berlaku tanpa disedari seperti ketika melawat pameran, muzium dan lain-lain.
Teori Pembelajaran Behaviorisme menganggap pembelajaran sebagai satu perubahan tingkah laku yang kekal.Teori ini menekankan aspek rangsangan dan gerak balas.Terdapat empat jenis teori pembelajaran behaviorisme iaitu teori pelaziman Watson, teori pelaziman klasik Pavlov, teori pelaziman Thorndike dan teori pelaziman operan Skinner.
Menurut teori pelaziman klasik Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan menghasilkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku antara perkaitan dua rangsangan dinamakan pelaziman.Konsep yang boleh digunakan ialah mengaitkan pengalaman pelajar yang positif dengan tugasan pembelajaran.Misalnya, pelajar dapat meningkatkan kemahiran mereka apabila mereka diberikan latihan dan ulangan latihan.
Teori yang kedua ialah teori pelaziman Thorndike.Terdapat tiga hukum asas yang ditekankan di sini iaitu hukum kesediaan, hukum kesan dan hukum latihan.Dalam hukum kesediaan, seorang guru perlu melihat tahap kesediaan pelajar-pelajar sebelum melaksanakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran.Misalnya, sebagai guru kita perlu memastikan pelajar duduk dan memberikan perhatian sebelum memulakan pengajaran.
Hukum kesan pula ialah pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan atau menyeronokkan selepas sesuatu gerak balas dihasilkan. Contohnya, pujian diberikan kepada pelajar yang menjawab soalan dengan betul.Kesannya, pelajar tersebut suka menjawab soalan-soalan yang di ajukan kerana dia berasa seronok dengan pujian yang diberikan (Peneguhan positif). Contoh yang lain pula, pelajar-pelajar menyalin karangan yang diberikan setiap minggu untuk mengelak daripada dimarahi. (Peneguhan negatif).
Akhir sekali, hukum latihan yang menunjukkan pelajar-pelajar akan melakukan latihan berulang kali jika mendapat kepuasan seperti guru memuji pelajar kerana membuat banyak latihan tanpa disuruh dan dibuat dengan betul. Tetapi, jika guru tidak menghargai hasil latihan pelajar, latihan tersebut tidak akan diulangi oleh pelajar.
Kesimpulannya, rangsangan dan gerak balas penting dalam proses pembelajaran bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar. Oleh itu, guru mesti menolong pelajar-pelajarnya untuk menghadapi situasi pembelajaran secara sukarela dan Berjaya


13) Penulisan Objektif
Objektif pengajaran menerangkan hasil pengajaran yang diingini serta kriteria penilaian hasil pengajaran tersebut.Objektif pengajaran ditulis berasaskan tingkah laku yang boleh dilihat kerana tingkah laku yang boleh dilihat sahaja yang boleh dinilai atau diukur. Penulisan objektif pengajaran biasanya merujuk kepada hasil analisis tugasan ataupun analisis isi kandungan sesuatu topik yang hendak diajar.Objektif pengajaran terdiri daripada empat komponen iaitu isi kandungan yang hendak diajarkan, tingkah laku yang menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku, keadaan atau situasi di mana murid akan melaksanakan tingkah laku tersebut dan juga kriteria yang ditetapkan untuk membuat keputusan bahawa objektif telah dicapai.
Contoh objektif pengajaran:
           Diberi satu gambar dengan lima abjad tersembunyi,  murid dapat membulatkan abjad yang disebut oleh guru dengan betul setiap kali ditanya.
           Apabila ditunjuk  sesuatu abjad, murid dapat menyebut nama abjad tersebut dengan 90 peratus ketepatan.
           Apabila ditunjuk sesuatu abjad, murid dapat membunyikan abjad tersebut tanpa sebarang kesilapan.
Taksonomi Bloom domain kognitif biasanya digunakan untuk membimbing penulisan objektif pengajaran.Taksonomi ini menghuraikan hierarki kemahiran intelek. Beberapa contoh tingkah laku yang menunjukkan tahap kemahiran intelek tertentu dalam Taksonomi Bloom adalah seperti:
           Pengetahuan: melabel, menama, memadan, mengulang
           Kefahaman : menyatakan, memberi contoh,  menerangkan, merumus
           Aplikasi : mengguna, menyelesai, mendemonstrasi, membina
           Analisis : membanding, mengasing, membeza, menyenarai
           Síntesis: menghasil, merekabentuk, menggabung, membangun
           Penilaian : memilih, meramal, menginterpretasi, menilai
Kesimpulannya, objektif pengajaran perlu mewakili pembelajaran yang berguna untuk murid, berkeperluan khas dan ada kaitan dengan generalisasi, sukatan pelajaran ataupun tujuan IEP (individualised education program).



14) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Pembelajaran berpusatkan pelajar boleh didefinisikan sebagai disiplin yang melibatkan interaksi antara pasukan pelajar yang mengalami pembelajaran kreatif yang akan diaplikasikan dalam situasi sebenar (Thorburg, 1995). Dalam pembelajaran berpusatkan pelajar, guru bukanlah tarikan utama.Csete dan Gentry (1995) menggunakan istilah pembelajaran berpusatkan guru sebagai pengajaran yang dikawal oleh pelajar.Kawalan di sini bermaksud pelajar mengawal prosedur, masa dan penilaian untuk memenuhi keperluan mereka yang berbeza.
  Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah suatu pendekatan pembelajaran yang meluas termasuk teknik-teknik seperti menukarkan pengalaman belajar secara aktif, menyelesaikan masalah yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif, melibatkan pelajar dalam simulasi dan memainkan peranan serta menggunakan teknik kadar kendiri dalam pembelajaran koperatif. Dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ini, guru menyediakan peluang belajar secara bebas kepada pelajar. Ianya dapat meningkatkan motivasi, pemahaman dan pelajar akan lebih meminati pelajaran yang diajar.
 Kepentingan pembelajaran berpusatkan pelajar tidak dapat dinafikan lagi kerana ia boleh membantu mencapai matlamat pendidikan Negara dengan membantu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kerana penerapan nilai sosial boleh disediakan melalui kaedah ini. Pembelajaran berpusatkan pelajar secara umumnya dapat membina individu yang akan memiliki pemikiran berdaya tinggi (higher-order thinking) kerana pendekatan ini (pembelajaran berpusatkan pelajar) melatih pelajar tentang kemahiran menyelesaikan masalah iaitu melibatkan ‘reasoning’ untuk menyelesaikan masalah yang kompleks. Selain itu, pengajaran berpusatkan guru hanya sesuai untuk menyampaikan maklumat berfakta, menggunakan mnemonic dan latihan sekali gus membina pemikiran aras rendah. Pengunaan teknik-teknik seperti simulasi, inkuiri-penemuan, penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif juga boleh membina kemahiran berfikir aras tinggi,selain dapat menghayati masalah dan cara penyelesaiannya. Oleh itu pelajar perlu melibatkan diri dengan pelbagai sumber.

Secara kesimpulannya, pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan satu daripada  pendekatan yang dicadang dilaksanakan di dalam kelas atau bilik kuliah. Pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar di sekolah membolehkan pelajar memainkan peranan yang aktif dalam proses pembelajaran dengan bekerja secara berpasukan, menggunakan pelbagai sumber dan belajar cara menyelesaikan masalah. Yang lebih penting ialah pelajar mampu berdikari dalam membuat analisis, sintesis dan penilaian. Pembelajaran berpusatkan pelajar juga jika dilaksanakan dengan betul boleh menukarkan corak pendidikan kepada proses pembelajaran sepanjang hayat. Ini kerana pelajar berkemampuan menyelesaikan masalah yang timbul tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.
           
15) Domain Afektif
Domain afektif melibatkan aspek-aspek kerohanian dan penekanan kepada pertumbuhan dan pelajar. Dalam proses pembelajaran yang berasaskan domain afektif ini pelajar menerima input yang berupa nilai-nilai tertentu. Perkembangan dari segi perasaan, emosi dan sikap serta elemen kerohanian lain yang menjadi sebahagian daripada pertumbuhan diri.
            Perasaan murid-murid yang suka atau benci sesuatu mata pelajaran itu adalah penting dalam pengajaran guru. Begitu juga dengan minat dan penghargaan formal sikap biasanya ditakrifkan sebagai kemahuan sama ada mahu mendekati atau menjauhi sesuatu persekitaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran ia lebih tepat ditakrifkan sebagai menyukai, merasa seronok atau membenci sesuatu mata pelajaran itu. Penghargaan pula adalah satu ukuran terhadap kepuasan berinteraksi atau menghayati sesuatu persekitaran.
            Konsep ini dipilih kerana perasaan, emosi, minat, penghargaan dan sikap dipertimbangkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.Guru-guru berkebolehan menggunakan unsur-unsur ini bagi mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.Murid-murid harus dapat membentuk suatu sikap yang positif terhadap pelajaran mereka dan dapat menghargai ilmu pengetahuan yang diberi ini. Ini membolehkan pembelajaran mereka akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Konsep ini berkait rapat dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui representasi emosi yang dialami oleh seseorang pelajar. Pelajar mengalami sasaran afektif pada 3 dimensi :
         Dimensi afektif positif
Berlaku dimana pelajar mengalami perasaan positif seperti relaks, keseronokan, kenikmatan atau kegembiraan.

         Dimensi afektif neural
Berlaku di mana pelajar sedikit atau tidak mengalami sebarang perasaan pada sesuatu tempoh masa

         Dimensi afektif negatif
Berlaku apabila membayangkan perasaan dan emosi negatif seperti kesakitan, kerisauan, perasaan bersalah, kebosanan dan kemarahan.











RUJUKAN
1.      Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor (2008), Siri Pendidikan Guru Psikologi Pendidikan, Oxford Fajar Sdn.Bhd.
2.      Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), Pembelajaran Akses Kendiri, Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.      Mel Silberman (1996) Active Learning: 101 Strategies to Teach Any Subject. United States of America : Pearson Education Inc.
4.      Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan.Cetakan ke 3, 2008.Batu Caves. PTS Pub. & Distributors Sdn. Bhd.
Internet
http://www.ppk.smkdpk.com/
http://www.scribd.com/doc/49437816/Pendekatan-masteri
http://mfariz.wordpress.com/2009/02/22/pembelajaran-kooperatif-yang-berkesan/
(Ahad, 22 Feb 2009) 
http://www.scribd.com/doc/12083259/Kurikulum-Tersembunyi
http://www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jpend31_01.pdf (Jurnal Pendidikan Tahun 2006)
http://personajohor.blogspot.com/2010/01/budaya-sekolah.html (Ahad, 10 Januari 2010)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_Malaysia, pada Disember 17, 2009
http://www.scribd.com/doc/8004852/Perbezaan-Individu, pada Disember 17,2009
http://www.smkbp.com/attachments/Pengurusan%20Bilik%20Darjah.pdf, pada Disember 17,2009